CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

About Me

My photo
batu pahat, Malaysia
want to get some jobs...

mY piCtUrE

Friday, May 23, 2008

Batu Putih hak Singapura - ICJ juga putuskan Middle Rocks kepunyaan Malaysia.



THE HAGUE, Belanda 23 Mei – Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.
Dalam penghakiman kira-kira sejam 45 minit itu, ICJ turut memutuskan bahawa Middle Rocks yang terletak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan Pulau Batu Putih menjadi milik Malaysia manakala status satu lagi bentuk maritim iaitu South Ledge akan menjadi milik negara di perairan mana pulau itu terletak.
Pemangku Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh ketika membaca keputusan kes tuntutan bertindih itu berkata, status mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih diputuskan oleh majoriti 12-4 hakim, manakala majoriti 15-1 hakim pula bersetuju berhubung kedudukan Middle Rocks dan South Ledge.
Penyerahan kedaulatan Pulau Batu Putih yang dari sudut sejarahnya adalah milik Kesultanan Johor diputuskan oleh ICJ berdasarkan kepada surat balasan pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1953 yang menyebut Johor tidak menuntut hak milik ke atas Pedra Branca, iaitu nama dalam bahasa Portugis bagi Pulau Batu Putih.


Adakah releven dengan keputusan itu beri beri pendapat anda.

Tuesday, May 13, 2008

cahaya tidak akan mendatang untuk kita...
jika kita tidak mencari...
cahaya akan menerangi kita...
jika kita tahu mengunakan sebaiknya..
terangilah hati kita...
untuk mencapai matlamat kita..

wawasan 2020

Dasar yang menjadi rujukan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang 2020 dengan gaya dan acuan sendiri. Dasar ini dirangka agar Malaysia menjadi negara yang setanding dengan negara membangun lain di dunia dengan mengekalkan identiti, etika dan nilai ketimuranCabaran Wawasan 2020

9 cabaran:

Melahirkan masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan mempunyai daya saing dengan negara-negara maju yang lain.

Melahirkan masyarakat penyayang dan mengamalkan budaya penyayang

Melahirkan masyarakat yang progresif, saintifik, maju dan perpandangan jauh seta dapat melahirkan tamadun yang berasaskan sains dan teknologi

Melahirakan masyarakat yang bertolak ansur, liberal dan bebas serta dapat mengamalkan adat, budaya dan agama masing-masing

Mewujudkan "A United Malaysia" dengan acuan tersendiri dan mempunyai matlamat bersama

Melahirkan masyarakat yang adil dan makmur melalui pengagihan kekayaan negara tanpa mengira kaum

Melahirkan masyarakat yang bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai-nilai agama dan kerohanian.

Membangunkan masyarakat yang demokratik, matang serta mempunyai satu persefahaman untuk kebaikan dan kemakmuran negara,

Melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, maju dan tenteram serta mempunyai keyakinan dan keupayaan sendiri serta tabah menghadapi masalah dan bangga dengan kejayaan sendiri

rujukan: kementrian pembagunan negara
http://gurudasar.blogspot.com/

berikan comment anda tentang wawasan 2020